KADARAN - KAEDAH UNITARI


Matematik Tingkatan 1
(Untuk tarikh 18 Mei 2020 - 22 Mei 2020)



Kadaran ialah suatu hubungan yang menyatakan kesamaan antara dua nisbah atau dua kadar. Kadaran boleh diungkapkan dalam bentuk pecahan.

Bagaimanakah anda menentukan nilai yang tidak diketahui dalam suatu kadaran?


Contoh Soalan:

Kos tenaga elektrik ialah 43.6 sen bagi 2 kilowatt-jam (kWj). Berapakah kos untuk penggunaan elektrik sebanyak 30 kWj? 


3 kaedah penyelesaian iaitu:

1.   Kaedah unitari 
2.   Kaedah kadaran 
3.   Kaedah pendaraban silang 


Penyelesaian menggunakan kaedah Unitari

Pelajar akan mengira untuk dapatkan 1 unit dahulu, kemudian baru mengira bilangan unit yang di kehendaki.












Nota:

1.  Rujukan buku teks mukasurat 84 - 90 : 
     BUKU TEKS MATEMATIK KSSM TINGKATAN 1
2.  Klik pada pautan yang disediakan untuk melihat latihan yang diberi setelah memahami penerangan nota dan video di atas.
3.  Sila cetak dan jawab dalam buku atau kertas kosong bersama JALAN KERJA jika ada.
4.  Pastikan tulis nama dan tingkatan jika menjawab pada kertas. Pelajar SMKAKL sila upload jawapan dalam Google Classroom.



Jika ada masalah, sila tulis dalam ruang komen di bawah. Terima kasih atas kerjasama pelajar. 






No comments:

Post a Comment